Monday, February 7, 2011

Larangan Jenis Ikan Untuk Ibu Dalam Pantang

Salam pagi semua....
Alhamdulillah,pagi ni rasa sungguh ceria walaupon keadaan seperti biasa...Monday Blues...ekeke. Ok,hari ni ibu nak berkongsikan sedikit info yg di jumpai di facebook..
Jom baca...


Larangan Jenis Ikan Untuk Ibu Dalam Pantang

1.  Jangan makan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu Perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

2. Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

3. Ikan yang disyorkan dalam pantang  ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar


sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
 


3 pengomen setia:

farhaniza azman said...

wah....bgs petua ni *blom kawen,so xtau*

ana said...

1st time dgr mkn ikan yu boleh tambah susu....leh cuba la nnti! :P

Nasuha Salleh said...

thanks info kak
bole guna utk masa depan =p